PETA MINDA GLOBALISASI | |||||||||
Fasa | 1 | 2 | 3 | 4 | |||||
Zaman | Ancient(Purba) | Medieval(Pertengahan) | Moden | Pasca-Moden | |||||
Jangka Masa | ≤ 400 Masihi | 400-1400 Masihi | 1500-1960-An | 1960-2000.... | |||||
Kerajaan/Era |
|
|
| ||||||
Ilmu | Falsafah | Agama | Sains | Semua Ilmu |
Terdapat pelbagai pendapat mengenai kemunculan era globalisasi. Pelbagai pendapat ini menimbulkan kekeliruan pelbagai pihak kerana terdapat tiga pendapat yang berbeza. Pendapat yang pertama menyatakan globalisasi bermula pada abad-16, manakala pendapat kedua pula menyatakan globalisasi muncul pada abad-18. Pendapat ketiga pula menyatakan globalisasi muncul pada abad-20.
Menurut sarjana kemunculan era globalisasi haruslah melihat kepada faktor yang menyebabkan globalisasi itu sendiri. Kebanyakan sarjana bersetuju bahawa penyebaran maklumat merupakan faktor utama yang menyebabkan era globalisasi ini meletus. Hal ini diperkuatkan lagi dengan adanya teknologi yang yang menjadi medium terhadap pencapaian maklumat tersebut yang dikenali ‘Information Tecnology’(IT).
Teknologi maklumatdipercayai mula berkembang pesat di barat pada tahun 1960-an. Pada masa tersebut telah berlakunya sejarah setelah terciptanya komputer pertama di dunia. Komputer merupakan alatan perhubungan yang menjadi pemangkin kepada penyebaran maklumat ke seluruh dunia. Oleh itu, kemunculan era globalisasi dapat pastikan telah berlaku pada tahun 1960-an.
No comments:
Post a Comment