Selepa berlakunya krisis ekonomi dunia menyebabkan wujudnya program penstabilan ekonomi dan program penyusunan semula oleh IMF dan bank dunia. Melalui tambatan dolar banyak negara yang baru merdeka telah terjerumus ke lembah kemiskinan. Hal ini kerana banyak negara bersetuju dengan perjanjian Bretton Woods antaranya Vietnam. Kesannya pelbagai isu-isu kemiskinan telah timbul. Sementara itu, bank dunia diberi mandat untuk memerangi kemiskinan dan melindungi alam sekitar dengan projek-projek berskala besar. Perkara ini telah menambahnkan lagi perkembangan negatif ini.
Setelah perang dingin, penstukturan semula makroekonomi telah menyokong kepentingan geopolitik global termasuk dasar luar nagara Amerika Syarikat (AS). Penstrukturan semula ini telah memusnahkan blok ekonomi dan sosial Kesatuan Soviet serta Yugoslsvia dan merobohkan sistem syarikat negara pada akhir 1980-an. Namun mekanisme penguatkuasaan berbeza di negara-negara maju, kecuali sama dari segi teori dan idelogi sahaja. Kesanya, berlaku pengangguran, upah rendah adalah merupakan sektor terbesar penduduk, pengeluaran sosial yang terhad, dan banyak negara yang telah sejahtera telah musnah. Polisi Negara juga telah meruntuhkan syarikat-syarikat kecil dan sederhana dan merendahkan tahap pengambilan makanan dan gizi. Akhirnya penstrukturan ini telah menindas masyarakat kota di negar-negara maju seperti AS. Kesan daripada penstrukturan ini juga termasuklah pengurangan hak-hak sosial wanita dan persekitaran. Sedangkan institusi Bretton Woods telah mengakui kesan sosial penstrukturan semula bertepatan dengan runtuhnya blok timur. Dasar IMF bank dunia berevolusi (sekarang dikenakan atas nama pembasmian kemiskinan) telah menjadi semakin keras dan pantang menyerah.
Sosial polarisasi dan konsentrasi kekayaan di selatan ,timur dan utara, memiliki sosial yang istimewa yang memiliki sejumlah besar akumulasi kekayaan dengan mengorbankan sejumlah besar penduduk. Penstrukturan ini menyebabkan kemiskinan dan kemusnahan alam sekitar dan menghasilkan masyarakat apartheid. Masyarakat ini mendorong kepada perkauman, perselisihan etnik, merosakkan hak-hak wanita dan hubungan antara negara. Selain itu, reformasi ini, mengurangkan kelangsungan hidup dan menghacurkan masyarakat.
Di bawah kuasa IMF, menu yang sama dari penjimatan anggaran, devaluasi, liberalisasi dan penswastaan dilaksanakan serentak kepada 150 negara yang berhutang. Bank pusat dan jabatan kewangan diberi hak mengendali ekonomi nasional dan dasar-dasar fiskal dan kewangan. Dengan megadaptasikan demokrasi dan “good goverment” penindasan politik boleh dijalankan bagi menyokong penstruturan semula ini.
Ekonomi pembunuhan
Penstrukturan ini, telah membentuk pembunuhan ekonomi yang dilaksanakan. Walaupun manipulasi sedar dan sengaja dari kekuatan pasaran berbangdingkan dengan sebelum sejarah kolonial. Iaitu tenaga paksa dan penghambaan.Kesan sosial yang sangat buruk memberi kesan kepada kehidupan lebih empat bilion orang. Hal ini menyebabkan ekonomi nasional akan musnah.
Sementara itu terdapat peningkatan kos hidup antara negara membangun dan maju, devaluasi, digabungkan dengan liberalisasi perdangan dan pembatalan kawal selia komoditi domestik. Keadaan ini digelar “Dolarization iaitu peningkatan harga barangan domestik. Hal ini menyebabkan jurang pendapatan yang besar antara negara maju dan negara miskin.
Atas sebab itu, IMF telah membantu negara-negara dunia ketiga untuk berubah. Satu edisi pengkonsian kuasa antara IMF, bank dunia dan WTO selepas evolusi daripada sistem ekonomis pasca perang. IMF menyeru agar pengawasan lebih berkesan mengembangkan dasar negara ekonomi dan meningkatkan kerjasama antara tiga badan antarabangsa agar menjada kedaulatan pemerintahan kebangsaan.
Dalam persekitaran ekonomi yang baru, perjanjian antarabangsa yang dirundingi oleh birokrat di bawah naungan kerajaan hendaklah memainkan peranan penting dalam ekonomi nasional. Setelah beberapa tahun perlaksanaan penjanjian Breeton Woods kita dapat lihat masih banyak lagi negara- negara yang baru merdeka masih kekal dalam kepompong kemiskinan. Oleh itu tidak dapat dinafikan bahawa segala konsep yang diperkenalkan oleh negara maju adalah bersifat globalisasi yang mampu mewujudkan satu bentuk penjajahan baru yang dikenali new imperialism.
No comments:
Post a Comment