Adakah kita sudah MERDEKA????? Atau hanya opera hidup yang hanya satu permainan.....

Wednesday, 21 December 2011

Globalisasi Kemiskinan


Selepa berlakunya krisis ekonomi dunia menyebabkan wujudnya program penstabilan ekonomi dan program penyusunan semula oleh IMF dan bank dunia. Melalui tambatan dolar banyak negara yang baru merdeka  telah terjerumus ke lembah kemiskinan. Hal ini kerana banyak negara bersetuju dengan perjanjian Bretton Woods antaranya Vietnam. Kesannya pelbagai isu-isu kemiskinan telah timbul. Sementara itu, bank dunia diberi mandat untuk memerangi kemiskinan dan melindungi alam sekitar dengan projek-projek berskala besar. Perkara ini telah menambahnkan lagi perkembangan negatif ini.
Setelah perang dingin, penstukturan semula makroekonomi telah menyokong kepentingan geopolitik global termasuk dasar luar nagara Amerika Syarikat (AS). Penstrukturan semula ini telah memusnahkan blok ekonomi dan sosial Kesatuan Soviet serta Yugoslsvia dan merobohkan sistem syarikat negara pada akhir 1980-an. Namun mekanisme penguatkuasaan berbeza di negara-negara maju, kecuali sama dari segi teori dan idelogi sahaja. Kesanya, berlaku pengangguran, upah rendah adalah merupakan sektor terbesar penduduk, pengeluaran sosial yang terhad, dan banyak negara yang telah sejahtera telah musnah. Polisi Negara juga telah meruntuhkan syarikat-syarikat kecil dan sederhana dan merendahkan tahap pengambilan makanan dan gizi. Akhirnya penstrukturan ini telah menindas masyarakat kota di negar-negara maju seperti AS. Kesan daripada penstrukturan ini juga termasuklah pengurangan hak-hak sosial wanita dan persekitaran. Sedangkan institusi Bretton Woods telah mengakui kesan sosial penstrukturan semula bertepatan dengan runtuhnya blok timur. Dasar  IMF  bank dunia berevolusi (sekarang dikenakan atas nama pembasmian kemiskinan) telah menjadi semakin  keras dan pantang    menyerah.

Sosial polarisasi dan konsentrasi kekayaan di selatan ,timur dan utara, memiliki sosial yang istimewa yang memiliki sejumlah besar akumulasi kekayaan dengan mengorbankan sejumlah besar penduduk. Penstrukturan ini menyebabkan kemiskinan dan kemusnahan alam sekitar dan menghasilkan masyarakat apartheid. Masyarakat ini mendorong kepada perkauman, perselisihan etnik, merosakkan hak-hak wanita dan hubungan antara negara. Selain itu, reformasi ini, mengurangkan kelangsungan hidup dan menghacurkan masyarakat.

Di bawah kuasa IMF, menu yang sama dari penjimatan anggaran, devaluasi, liberalisasi dan penswastaan dilaksanakan serentak kepada 150 negara yang berhutang. Bank pusat dan jabatan kewangan diberi hak mengendali ekonomi nasional dan dasar-dasar fiskal dan kewangan. Dengan megadaptasikan demokrasi dan “good goverment” penindasan politik boleh dijalankan bagi menyokong penstruturan semula ini.

 Ekonomi pembunuhan

Penstrukturan ini, telah membentuk pembunuhan ekonomi yang dilaksanakan. Walaupun manipulasi sedar dan sengaja dari kekuatan pasaran berbangdingkan dengan sebelum sejarah kolonial. Iaitu tenaga paksa dan penghambaan.Kesan sosial yang sangat buruk memberi kesan kepada kehidupan lebih empat bilion orang. Hal ini menyebabkan ekonomi nasional akan musnah.
Sementara itu terdapat peningkatan kos hidup antara negara membangun dan maju, devaluasi, digabungkan  dengan liberalisasi perdangan dan pembatalan kawal selia komoditi domestik. Keadaan ini digelar “Dolarization iaitu peningkatan harga barangan domestik. Hal ini menyebabkan jurang pendapatan yang besar antara negara maju dan negara miskin.
Atas sebab itu, IMF telah membantu negara-negara dunia ketiga untuk berubah. Satu edisi pengkonsian kuasa antara IMF, bank dunia dan WTO selepas evolusi daripada sistem ekonomis pasca perang. IMF menyeru agar pengawasan lebih berkesan mengembangkan dasar negara ekonomi dan meningkatkan kerjasama antara tiga badan antarabangsa agar menjada kedaulatan pemerintahan kebangsaan.
Dalam persekitaran ekonomi yang baru, perjanjian antarabangsa yang dirundingi oleh birokrat di bawah naungan kerajaan hendaklah memainkan peranan penting dalam ekonomi nasional. Setelah beberapa tahun perlaksanaan penjanjian Breeton Woods kita dapat lihat masih banyak lagi negara- negara yang baru merdeka masih kekal dalam kepompong kemiskinan. Oleh itu tidak dapat dinafikan bahawa segala konsep yang diperkenalkan oleh negara maju adalah bersifat globalisasi yang mampu mewujudkan satu bentuk penjajahan baru yang dikenali new imperialism. 

Friday, 16 December 2011

Kesan Globalisasi Dari Sudut Media


Media Elektronik


Kehidupan manusia yang melalui liku-liku arus pemodenan mutakhir ini tidak terlepas daripada penggunaan media elektronik dalam kehidupan seharian samada secara langsung atau tidak langsung. Media menurut kamus dewan edisi ketiga bermaksu dalat atau perantara komunikasi. Contoh media elektronik ialah radio, televisyen,komputer dan telefon bimbit. Alat-alat ini berfungsi sebagai medium perhubungan serta alat untuk menyebarkan maklumat dengan pantas dalam masa yang singkat. Kemajuan teknologi dalam media elektronik memang tidak dapat dinafikan lagi serta membawa banyak faedah kepada manusia. Melalui media elektronik, manusia dapat berhubung antara satu sama lain dengan hanya menekan beberapa butang sahaja. Contoh alat perhubungan tersebut ialah telefon bimbit dimana seseorang itu dapat berhubung dengan manusia lain yang duduk berjauhan beribu-ribu kilometer dengannya.Peningkatan teknologi penciptaan telefon mudah alih juga melahirkan model telefon yang menampilkan kemudahan internet dimana sahaja seseorang itu berada. Begitulah hebatnya teknologi. Melalui media elektronik, kita akan sentiasa mempunyai sumber maklumat terbaru mengenai perkara-perkara yang berlaku di sekitar kita dan lain-lain maklumat. Maklumat ini biasanya disampaikan melalui segmen berita yang penuh.....

Bencana Globalisasi

Bencana globalisasi - Pegangan ekonomi rakyat tempatan akan terjejas


Terdapat banyak pengertian mengenai globalisasi yang berbeza diantara kita. Kuasa globalisasi yang paling asas ialah dari segi ekonomi, kerana apabila kita bercakap tentang globalisasi kita merujuk kepada globalisasi ekonomi dan bagaimana ia boleh mempengaruhi budaya, politik dan lain-lain. Makna sebenar globalisasi ialah penghapusan halangan ekonomi antara sebuah negara dengan negara lain pada kadar yang amat pantas terutamanya dalam tiga aspek iaitu perdagangan, kewangan dan pelaburan.
Halangan perdagangan ini dibentuk oleh kebanyakan negara membangun selepas merdeka termasuk Malaysia melalui pengenalan dasar-dasar bagi meningkatkan ekonomi, syarikat dan institusi kewangan tempatan. Dari segi pelaburan dan kewangan, sebahagian besar kerajaan termasuk di negara-negara kaya memiliki dasar yang mengawal pengaliran mata wang keluar atau masuk dan sama ada mata wang tempatan boleh diperdagangkan di luar negara. Ia adalah sistem yang digunakan selepas Perang Dunia Kedua dahulu yang menetapkan mata wang dan bank pusat menentukan sama ada wang boleh keluar atau tidak. Ia adalah kawalan modal dan satu perkara biasa. Globalisasi berlaku dalam ketiga-tiga aspek tadi iaitu perdagangan, kewangan dan pelaburan apabila dasar-dasar kerajaan yang mengawal ekonomi asing daripada mempengaruhi ekonomi tempatan semakin longgar.
Pada masa sekarang, sebahagian besar dasar-dasar ekonomi sesebuah negara dipengaruhi dengan cepat oleh apa yang berlaku di negara lain. Bilakah globalisasi ini bermula dan sejauh mana ia akan pergi?



Sebahagian daripada proses globalisasi berlaku akibat perubahan teknologi. Sebagai contoh teknologi komputer yang membolehkan wang dipindahkan, mata wang diniagakan atau saham dibeli dengan mudah. Selain perkembangan teknologi yang pesat, faktor kedua yang mengembangkan globalisasi ke seluruh dunia ialah keruntuhan sistem Bretton Woods yang dibentuk selepas Perang Dunia Kedua.Pada tahun 1972 sistem ini runtuh menyebabkan mata wang dunia boleh diapungkan antara satu sama lain. Ia kemudiannya membawa kepada penghapusan kawalan modal dan liberalisasi kewangan.Pada tahap ini, pasaran saham pula turut diglobalkan dengan pelabur-pelabur asing boleh membawa wang keluar dan masuk dari sesebuah pasaran.Dengan kadar mata wang yang tidak tetap dan pasaran modal yang terbuka, spekulasi mula muncul dan seterusnya manipulasi mata wang dan saham.Ia kemudian membawa kepada peranan tiga buah institusi yang benar-benar menyebarkan globalisasi ke seluruh dunia iaitu Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).Institusi-institusi ini membantu menurunkan hala-ngan ekonomi dan membentuk dasar-dasar yang membuka negara-negara membangun kepada ekonomi global, terutamanya dalam 20 tahun terakhir ini.


Adakah benar globalisasi hanya memberi faedah kepada rakyat di negara-negara maju?


Bagi syarikat-syarikat di negara kaya, glo-balisasi buat masa sekarang adalah baik untuk mereka. Sebab itu mereka bersama-sama melobi kerajaan masing-masing supaya menentukan dasar-dasar ekonomi dan kewangan di negara membangun.Syarikat-syarikat ini yang amat besar dan kaya akan sentiasa bertambah besar dan kaya kerana mereka terus bergabung dan mengambil alih syarikat lain.Sekarang, kerana keuntungan di negara mereka adalah terhad, mereka mahu datang ke negara-negara membangun dan menjual barangan mereka, melabur atau menubuhkan syarikat di negara membangun.Mereka sebenarnya telah mempengaruhi kerajaan mereka supaya membentuk dasar IMF bagi membuka ekonomi kita supaya mereka memperoleh lebih banyak keuntungan di negara kita.Selain itu, mereka turut mempengaruhi kerajaan mereka supaya membentuk dasar WTO, memecahkan halangan ekonomi di negara membangun yang melindungi syarikat dan ekonomi tempatan.Sebagai contoh, krisis kewangan yang berlaku lebih tiga tahun lalu sebahagian besarnya adalah akibat dasar liberalisasi kewangan yang saya katakan tadi.Kita dapat lihat bahawa ada aspek dalam globalisasi ekonomi yang bergantung kepada monopoli sumber kewangan atau pasaran seperti yang dilakukan oleh dana lindung nilai di Thailand.Ia meninggalkan kesan buruk kepada negara yang dimanipulasi tetapi memberi faedah kepada mereka yang membuat keuntungan.Jadi untuk menjawab soalan anda, saya tidak boleh katakan globalisasi menguntungkan rakyat negara kaya secara keseluruhannya kerana di AS pun turut diketahui bahawa gaji sebenar pekerja biasa di negara itu tidak meningkat sejak beberapa tahun lepas tetapi pemilik syarikat kewangan dan spekulator kewangan membuat keuntungan besar.


Berdasarkan teori Barat, globalisasi akan membawa kepada kemakmuran dan tahap kehidupan yang lebih tinggi, adakah ini benar?


 Masalah teori ini ialah ia biasanya mengatakan jika anda menyertai globalisasi maka anda mesti mendapat faedah. Ia adalah tidak benar kerana ia bergantung kepada sesebuah negara, sama ada negara itu boleh berdagang atau tidak.Kita ambil Malaysia sebagai contoh. dari aspek perdagangan kita telah memperoleh faedah daripada globalisasi tetapi kita juga menerima akibat buruk. Dari satu segi, bila kita mengeksport komoditi kadang-kadang harganya jatuh amat rendah seperti pada masa sekarang.Tetapi pada masa yang sama, ia juga pernah memuncak pada satu masa dahulu. Minyak sawit pernah mencecah RM2,500 (setiap tan) dahulu walaupun sekarang ia mungkin RM800 atau RM900.Kita memperoleh faedah kerana kita adalah sebuah negara perdagangan. Sekarang kita juga berdagang barangan elektronik yang telah membawa keuntungan kepada negara dan pekerjaan rakyat. Jadi dari satu segi anda boleh kata globalisasi dari sudut liberalisasi perdagangan membawa faedah kepada negara seperti Malaysia.Tetapi kepada negara lain terutama negara-negara miskin di Afrika, keadaan mungkin berbeza. Industri mereka masih lemah dan eksport utama mereka hanyalah komoditi.Jika tarif diturunkan dan barangan import yang murah dibawa masuk, mereka mungkin mendapat faedah dari segi harga pengguna yang rendah, tetapi ia boleh mengakibatkan syarikat tempatan gulung tikar kerana tidak mampu bersaing dengan barangan import yang lebih murah dan rakyat negara itu kehilangan pekerjaan.Kebanyakan negara Afrika tidak boleh mengeksport ke-rana eksport utama mereka hanyalah komoditi yang harganya terus-menerus menurun.Globalisasi bagi negara-negara seperti itu membawa kesan buruk yang lebih banyak kerana mereka akan mengumpulkan hutang akibat import yang masuk de-ngan banyak sedangkan eksport tidak boleh keluar. Lebih buruk lagi jika IMF masuk untuk menyelamatkan mereka dengan dasar-dasar yang tidak sesuai dan membawa bencana ke atas negara membangun.Secara ringkas, globalisasi ini jika kita melakukannya dengan betul, ia akan memberi keuntungan tetapi jika tidak dilakukan dengan betul, ia akan membawa kerugian.Malaysia bernasib baik dari segi perdagangan kerana kita bukan sahaja boleh mengeksport komoditi tetapi juga barangan elektronik, tekstil dan lain-lain lagi kerana pelabur asing masuk ke Malaysia selepas hala-ngan diturunkan.Bagaimanapun kita tidak begitu beruntung dari segi kewangan, mungkin kerana kita membukanya terlalu luas sehingga ringgit dibenarkan dijual di Singapura, London, Eropah dan tempat lain, membolehkan mata wang kita itu dispekulasi dan dimanipulasi.Bila kerajaan mengenakan dasar kewangan (kawalan mata wang dan modal terpilih) pada September 1998, apa yang baik ialah ia menghalang mata wang kita daripada diperdagangkan dan dimanipulasi di luar negara.


Adakah globalisasi akan mempengaruhi senario politik tempatan?

Politik tempatan boleh dipengaruhi dari segi pengaliran maklumat melalui internet dan lain-lain. Secara ringkasnya, dunia menjadi lebih dekat dan kita boleh mendapatkan lebih banyak pengetahuan.
Tetapi aspek negatifnya ialah kita akan mempunyai terlalu banyak maklumat sehingga kita tidak tahu yang mana satu maklumat betul dan yang mana satu salah.
Satu lagi masalah ialah kita hanya menerima maklumat, dan tidak menyebarkan maklumat kepada dunia. Keseimbangan tidak ada dalam globalisasi ke-rana pandangan kita tidak boleh meninggalkan kesan terhadap negara maju tetapi pandangan mereka boleh memberi kesan kepada kita

Saturday, 19 November 2011

ulasan buku...



Mengenai Penulis

Makere Stewart-Harawira merupakan Profesor Pebantu dalam Kajian Dasar Pendidikan di Universiti Alberta.Beliau adalah seorang tenaga pengajar bagi Program Pendidikan Siswazah Orang Asli. Beliau sebelum ini mengajar di sekolah pendidikan di University of Auckland dan di dalam Program Siswazah Te Whare Wananga o Awanuiarangi, suku Maori di universiti  Whakatane, New Zealand. Penyelidikan Makere mementingkan ontologi asli, kewarganegaraan global, dan pembentukan baru pentadbiran global. Makere adalah keturunan Maori dan Scot. Puaknya adalah Gabungan puak  Waitaha.

kemunculan era globalisasi????


  PETA MINDA GLOBALISASI

Fasa
1
2
3
4
Zaman
Ancient(Purba)
Medieval(Pertengahan)
Moden
Pasca-Moden
Jangka Masa
≤ 400 Masihi
400-1400 Masihi
1500-1960-An
1960-2000....
Kerajaan/Era

Arab

Melaka
                        
Globalisasi

Barat
Malaysia
Ilmu
Falsafah
Agama
Sains
Semua Ilmu






Terdapat pelbagai pendapat mengenai kemunculan era globalisasi. Pelbagai pendapat ini menimbulkan kekeliruan pelbagai pihak kerana terdapat tiga pendapat yang berbeza. Pendapat yang pertama menyatakan globalisasi bermula pada abad-16, manakala pendapat kedua pula menyatakan globalisasi muncul pada abad-18. Pendapat ketiga pula menyatakan globalisasi muncul pada abad-20.
Menurut sarjana kemunculan era globalisasi haruslah melihat kepada faktor yang menyebabkan globalisasi itu sendiri. Kebanyakan sarjana bersetuju bahawa penyebaran maklumat merupakan faktor utama yang menyebabkan era globalisasi ini meletus. Hal ini diperkuatkan lagi dengan adanya teknologi yang yang menjadi medium terhadap pencapaian maklumat tersebut yang dikenali ‘Information Tecnology’(IT). 
Teknologi maklumatdipercayai  mula berkembang pesat di barat pada tahun 1960-an. Pada masa tersebut telah berlakunya sejarah setelah terciptanya komputer pertama di dunia. Komputer merupakan alatan perhubungan yang menjadi pemangkin kepada penyebaran maklumat ke seluruh dunia. Oleh itu, kemunculan era globalisasi dapat pastikan telah berlaku pada tahun 1960-an.

Thursday, 13 October 2011

Apa perasaan anda melihat gambar ini.....



Apakah ini dikatakan globalisasi dengan wujudnya Syarikat multinasioanal di negara ini..Ataupun menjadi duri dalam daging yang membunuh industri-indusri kecil makanan yang kian dipandang jauh dari arus perkembangan masyakat Malaysia....

Monday, 10 October 2011

Apa itu globalisasi????

Globalisasi dan Orde Baru Dunia
Written by Ahmad Yussuf


Takrif
Menurut Kamus Dewan, globalisasi membawa maksud "fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan
manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat."
   


   
Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini,dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber.Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat." 


Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. 




Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yg lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujudsebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia." 


Globalisasi dalam erti literal adalah sebuah perubahan sosial, berupa bertambahnya keterkaitan di antara masyarakat dan elemen-elemennya yang terjadi akibat transkulturasi dan perkembangan teknologi dalam bidang transportasi dan komunikasi yang memfasilitasipertukaran budaya dan ekonomi internasional. Istilah globalisasi dapat diterapkan dalam pelbagai konteks sosial, budaya, ekonomi dan sebagainya. Misalnya, globalisasi dapat diertikan
sebagai:
 
    -   pembentukan desa global (global village) - yang bererti konteks yang lebih erat antara
pelbagai pelosok dunia, meningkatnya interaksi personal, saling kerja sama dan persahabatan
antara penduduk dunia.
    -   globalisasi ekonomi - meningkatnya perdagangan bebas dan meningkatnya hubunganantara pelaku ekonomi di pelbagai negara.


Dalam banyak hal, globalisasi mempunyai banyak karakteristik yang sama dengan internasionalisasi, dan istilah ini sering dipertukarkan. Sebahagian pihak sering menggunakan istilah globalisasi yang dikaitkan dengan berkurangnya peranan negara atau batas-batas negara. 


Orang-orang Perancis menggunakan perkataan "Mondialisation" dalam menerangkan globalisasi. Manakala orang-orang Amerika dan Inggeris pula menggunakan perkataan Inggeris " Globalization" yang mula-mula muncul di Amerika Syarikat. Ia membawa maksud mengumumkan sesuatu dan meluaskan kawasannya agar merangkumi semua.






Berdasarkan maksud tersebut, bolehlah diandaikan bahawa seruan kepada globalisasi ini jika dilaungkan oleh negara atau kumpulan tertentu, ia bererti menjadikan cara hidup negara atau kumpulan tersebut menyeluruh dan diguna pakai oleh dunia . Dengan kata lain, percubaan untuk menjadikan seluruh manusia di dunia meniru cara hidup mereka dengan apa cara sekalipun.


Justeru, tidak hairanlah jika ada sesetengah pengkaji melihat globalisasi sebagai satu proses pengamerikaan dunia. Begitu jugalah ada pengkaji yang mentakrifkannya sebagai sistem kapitalis Amerika yang cuba untuk menguasai dunia. Hal ini kerana seruan kepada globalisasi ini bermula di Amerika Syarikat.


Dr. Yusuf al-Qaradawi berpendapat:
"Adapun globalisasi, kami melihat - berdasarkan seruannya sehingga ke hari ini - ia adalah pemaksaan penguasaan politik, ekonomi, budaya dan sosial daripada Amerika Syarikat terhadap dunia, khususnya dunia timur dan dunia ketiga, bahkan secara lebih khusus, dunia Islam." 


Bolehlah disimpulkan di sini bahawa globalisasi merupakan salah satu daripada penjajahan baru yang lebih merbahaya dan licik daripada Amerika Syarikat untuk menguasasi dunia dalam segala aspek, sama ada ekonomi, sosial, budaya dan politik. Justeru, tidak hairanlah ada gerakan dari barat sendiri, secara khususnya di negara-negara Eropah yang menentang globalisasi . Beberapa sesi tunjuk perasaan telah mereka buat di bandar-bandar besar dunia untuk mengkritik globalisasi dan mengajak penduduk dunia menentangnya.




Sejarah Globalisasi 


Telah menjadi tabiat manusia, mereka berkeinginan untuk menguasai pihak yang lain. Justeru,berlakulah pelbagai pergaduhan dan peperangan dalam sejarah manusia, bermula dari zamandahulu hinggalah ke hari ini, untuk melaksanakan keinginan tersebut. Keinginan untuk berkuasa ini bukan sahaja berbentuk peribadi, bahkan ia juga berbentuk kelompok. Dengan kata lain,keinginan tersebut dimiliki oleh sesuatu bangsa atau umat untuk menguasai bangsa dan umat yang lain.


Memandangkan manusia telah dianugerahkan oleh Allah kemampuan untuk berfikir, maka pertelingkahan dan peperangan yang berlaku untuk memuaskan keinginan tersebut berlaku dalam pelbagai bentuk. Kalau dahulu mereka berperang dengan hanya menggunakan senjata kuno seperti pisau, pedang dan lembing, namun kini mereka menggunakan peralatan yang lebih canggih seperti senapang, bom dan sebagainya.


Dalam menerangkan perkara ini, seorang pengkaji berkata:
"Peperangan dan bentuk-bentuknya semakin maju dengan majunya akal manusia.Persenjataan juga semakin maju bermula dengan penggunaan besi dan api hingga berakhir dengan senjata nuklear di penghujung perang dunia yang disaksikan oleh umat manusia pada tahun 1945 yang menandakan munculnya kuasa baru dunia iaitu Amerika Syarikat" 




Memandangkan peperangan sedemikian rupa memerlukan kepada modal yang tinggi dan meninggalkan kesan yang sangat negatif dari apsek harta dan moral, maka manusia berfikir cara baru dalam mencari kekuasaan. Berkaitan perkara ini, berkata Dr. Mustafa Abdul Ghani:


"Sebelum sempat Kuasa Perikatan bersedia untuk keluar daripada Perang Dunia Kedua dengan kemenangan, Amerika Syarikat telah cuba memperkukuhkan peranan imperialisnya yang baru. Kita tahu bahawa Persidangan Bretton Woods yang berlangsung pada 1/7/1944 hingga 22/7/1944 adalah dianjurkan oleh Amerika. Dalam persidangan tersebut bermulalah kisah pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang digunakan oleh Amerika Syarikat untuk memperkuat cengkamannya terhadap negara-negara yang lain. Dalam persidangan itu juga,dua perjanjian telah berjaya dibentuk iaitu tabung wang dan bank dunia. Selepas itu [11] ,Perjanjian Am Mengenai Taarif Dan Perdagangan telah dibuat. Secara zahir pada awalnya, ia hanyalah sebagai badan sementara berkaitan  perdagangan."


Justeru, di sinilah bermulanya sejarah globalisasi yang ada pada hari ini.Pertubuhan-pertubuhan dunia yang ditubuhkan tersebut akhirnya digunakan oleh kuasa-kuasa besar, secara khususnya Amerika Syarikat, untuk menguasai dunia keseluruhannya.Pengusaan Amerika ini semakin kukuh apabila GATT bertukar kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Ia tidak lain tidak bukan hanyalah dibuat untuk menjaga kepentingan negara perindustrian maju, khasnya Amerika Syarikat.


Begitu jugalah, globalisasi sebenarnya adalah sistem kapitalisme lama yang berwajah baru.Sejarah membuktikan, pada kurun ke 19, negara-negara kapitalis menunjukkan belangnya dengan menjajah negara-negara lain dan mengaut sebanyak mungkin hasil buminya, tanpa mengambil kira dimensi sosial ketika mereka menjajah. Dengan kata lain, mereka menzalimi rakyat negara yang mereka jajahi. Sebagai tindak balas daripada gejala ini, sistem sosialisme –yang lebih mengambil kira dimensi sosial - diterima oleh golongan yang dizalimi ini.






Kesannya, berlakukan sistem dua kuasa dunia atau dua kutub. Kutub pertama diwakili oleh Amerika Syarikat yang merupakan negara kapitalisme dan kedua diwakili oleh Kesatuan Soviet yang merupakan negara sosialisme. Justeru, berlakulah perang dingin di antara kedua-dua kutub tersebut sekitar kurun ke 20. Pada ketika itu, kapitalisme tidak mampu menunjukkan belangnya dan berselindung di belakang tabir dimensi sosial. Namun, apabila Kesatuan Soviet runtuh sekitar tahun 90an, mereka tidak segan silu untuk menunjukkan wajah lamanya yang sebenar. Apa yang berlaku di Afghanistan dan Iraq membuktikan perkara ini. Inilah yang disebut sebagai globalisasi.


Kesan Negatif dan Positif Globalisasi


Sungguhpun globalisasi adalah satu sistem barat yang tidak Islam, ia perlu dikaji dan disaring aspek-aspek negatif dan positifnya. Adalah tidak bijak untuk mengumumkan hukuman kepada apa jua perkara baru, sama ada ia baik atau buruk, tanpa dikaji terlebih dahulu dengan teliti.Imam Ghazali ketika berhadapan dengan cabaran falsafah Yunani di zamannya, tidak terlalu cepat mengeluarkan hukuman kepada falsafah tersebut. Bahkan, beliau mengkaji baik buruknya perkara tersebut sehingga mampu mengeluarkan perkara positif daripada banyak perkara negatif yang terdapat dalam falsafah Yunani. Justeru, globalisasi juga perlu dikaji buruk dan baiknya sehingga umat Islam mampu mempergunakan aspek positif yang ada untuk menentang keburukan-keburukan globalisasi.


Kesan Negatif
Terdapat banyak kesan negatif yang timbul daripada globalisasi, antaranya:


1. Proses Pengamerikaan Dunia 


Ia merupakan proses untuk menjadikan budaya Amerika diikut oleh semua penduduk dunia.Proses ini akhirnya akan merosakkan budaya-budaya lain selain budaya Amerika. Perkara initidak menjadi negatif sekiranya budaya Amerika adalah budaya yang baik, bertepatan dengan fitrah kejadian manusia dan agama Islam. Namun sebaliknya, budaya Amerika merupakan budaya yang kebanyakannya bertentangan dengan akhlak dan ajaran Islam. Budaya gay dan seks bebas merupakan contoh yang jelas.


Mereka menggunakan media massa untuk menyebarkan luaskan budaya mereka. Filem-filem yang mereka buat di Hollywood, di samping dapat mendatangkan keuntungan yang berlipat kaliganda kepada Amerika, ia digunakan untuk tujuan mempromosikan budaya mereka kepada dunia. Bukan itu sahaja, budaya makanan segera seperti Kentucky Fried Chicken dan McDonald cuba diterapkan kepada penduduk dunia. Proses pengamerikaan ini akhirnya akan menjadikan sesuatu bangsa lebih berbangga untuk mengikut budaya Amerika daripada budayanya sendiri, bahkan sampai ke tahap memandang rendah kepada budaya ibundanya sendiri.


2. Kemiskinan dan Penindasan


Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi "Sesungguhnya globalisasi seperti yang dilihat hari ini,hanyalah untuk kebaikan golongan yang kuat terhadap yang lemah, untuk keuntungan yang kaya terhadap golongan miskin dan untuk manfaat blok utara yang kaya tehadap blok selatan yang miskin" [16] . Kenyataan tersebut jelas menunjukkan kesan negatif globalisasi. Dalam sistem globalisasi, negara yang kaya akan bertambah kaya,manakala yang miskin akan terus miskin.


Pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti Bank Dunia berperanan dalam mewujudkan jurang yang besar di antara negara blok utara dan blok selatan. Negara-negara dunia ketiga yang berada di blok selatan, ketika berhutang dengan Bank Dunia, akan dikenakan faedah dan syarat-syarat tertentu yang rata-ratanya akan mendatangkan kesan negatif kepada peminjam.




Begitu jugalah, dengan wujudnya WTO, kemiskinan dan penindasan akan berterusan. Hal ini kerana WTO membentuk satu persaingan bebas dalam perdagangan [17] . Sudah pasti, negara blok selatan yang masih merangkak tidak mampu mengejar, apatah lagi menyainginegara-negara maju di blok utara.
Justeru, inilah "penjajahan lama yang berwajah dan bernama baru".


Kesan Positif


Di samping kesan-kesan negatif, Globalisasi juga mempunyai kesan positif. Antaranya ialah teknologi maklumat. Dengan wujudnya teknologi ini, manusia dapat berhubung dengan mudah dan pantas. Dunia dirasakan seolah-olah satu kampung. Perkara yang berlaku beribu batu daripada diketahui dalam masa yang sangat singkat dan dengan cara yang sangat mudah.Justeru, ini semua boleh diguna pakai oleh semua penduduk dunia untuk memudahkan urusan mereka. Bahkan lebih daripada itu, ia boleh digunakan oleh umat Islam untuk menyampaikan dakwah dengan lebih mantap di era yang penuh cabaran ini.


Teknologi Maklumat


Mengikut satu definisi, secara ringkasnya teknologi maklumat boleh dianggap sebagai "cara baru penyimpan, memproses dan menyalurkan maklumat yang dihasilkan oleh pembangunan yang pantas dalam bidang elektronik, pengkomputeran dan telekomunikasi".


Satu lagi definisi teknologi maklumat yang lebih luas pengertiannya ialah:
"...teknologi maklumat bermaksud pengumpulan, penyimpanan, pemprosesan, penyebaran dan penggunaan maklumat. Ia tidak terkongkong kepada perkakasan atau perisian, tetapi mengiktiraf kepentingan manusia serta matlamat yang diletakkannya bagi teknologi tersebut,nilai-nilai yang digunakan untuk membuat pilihan, penilaian kriteria yang digunakan untuk memutuskan sama ada ia yang mengawal teknologi itu dan diperkayakan olehnya. " 


Di dalam Ensiklopedia bebas, teknologi maklumat ditakrifkan sebagai:
"teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ia merupakan satu tajuk yang sangat luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepatnya menggunakan komputer digital dan perisian komputer untuk mengubah, menyimpan,melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu." 


Berdasarkan takrifan-takrifan tersebut dapatlah difahami bahawa teknologi maklumat bukanlah perkara yang terlalu baru. Ia telah wujud dengan wujudnya komputer. Bahkan sebelum kewujudan komputer sekalipun ia boleh dikatakan telah wujud juga.




   

Friday, 7 October 2011

salam perkenalan

Salam perkenalan....


Nama diberi Abdul Samad Awang Maharum.....
Akhirnya aku berjaya juga menterjemah kewujudan blog yang sudah lama ingin ku zahirkan..
Namun bukan mudah rupa-rupanya untuk melayari dunia siber ini, tetapi dengan wujudnya blog ni menjadi titik tolak ku untuk bergelar blogger yang meletup...
Harap-harap kemunculan ku di dalam alam maya ini diterima umum dan blog ak ini menjadi satu wadah kepada masyarakat dan teman-teman ku...
Akhir kata masih tidak terlambat bagi ku bergelar blogger walaupun masyarakat sekeliling mempelekehkan aku...
...So selamat bersUAAA...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...